Ahad, 31 Mei 2009

hari ini kOnti...9 jun 2009..inSpirasi 9mLm-12.00 tghmaLam..

Tahu kah anda..
PETANDA SI DIA JODOH ANDA :.

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? antara nya ada 5 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
yang pertama...
1) kita rasa Senang bersama pasangan kita
2)Sentiasa jujur
3)Percaya Mempercayai
4)Senang Bekerjasama
5)Memahami diri kita
Tahukah anda..
  1. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,
  2. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
  3. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
  4. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
  5. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
  6. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

Tahu kah anda..

BERMULA dengan ingin mencuba merokok seperti yang dilihat dalam filem atau di kalangan golongan dewasa, seorang remaja mungkin kekal sebagai perokok tegar seumur hidupnya. Jika seseorang mula dengan menghisap banyak rokok secara mendadak, ia sebenarnya mampu menjadikannya khayal atau membunuh jika tahap nikotina dan kimia tembakau terlalu tinggi di dalam badan

info tahukah anda..(pelik tapi benar)

  1. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan..
  1. Bersanding malam
    Pada masa dahulu kebiasaannya bersanding dilakukan pada waktu malam. Ini kerana pada siang hari, hadirin sibuk kebendang atau mengerjakan kebun atau kerja-kerja lain. Oleh kerana itu kaki lilin merupakan salah satu perkakasan penting kerana ia digunakan bagi menerangi pengantin.
    Bersanding malam kini jarang diadakan lagi. Bersanding malam diadakan pada waktu malam selepas waktu Solat Isyak. Jemaah lelaki datang dari surau dan diberi jamuan ala kadar. Acara marhaban akan diadakan seterusnya imam akan membaca doa agar perkahwinan berkekalan.
    Pasukan rebana atau kompang akan membuat persembahan mereka. Kini acara ini diganti dengan karaoke.
    Bagi memeriahkan majlis ini, mempelai akan bertukar baju ala barat pula. Mereka akan memotong kek dua atau tiga tingkat.
    Majlis diakhiri dengan buka balut hadiah dan mengira wang sumbangan tetamu yang datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan