Sabtu, 2 Mei 2009

konti selasa..Inspirasi 5 MEI 2009

  1. 6ixth Sense - Tanpa
  2. matta-jatuh cinta lagi
  3. farawahida-semuanya ada disini
  4. irwansyah-ku tunggu janda mu
  5. afgan-terima kasih cinta
  6. melly-jika
  7. spring-sampai bila
  8. sallem-wanita ku
  9. radja-patah hati
  10. axl-aku la kekasihmu
  11. misha omar-cinta adan dan hawa
  12. nidji-laskar cinta
  13. Estranged -itu kamu
  14. Alyah - Tak Mungkin Kerna Sayang
  15. ella-ku merindu
  16. siti nurhaliza-di taman teman
  17. shila abdul-mungkinkah
  18. mila-aku lebih tahu
  19. faizal tahir-cuba
  20. the lima-separuh masa
  21. The fabulous cat - Bawaku Terbang
  22. Thomas Arya - Shahara

INFO

tahu kah anda..

Warna pakaian lambang personaliti

KEBANYAKAN wanita pada hari ini gemar mengenakan pakaian dan aksesori berdasarkan warna yang digemari.

Warna baju sering memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana mengikut perasaan. Bahkan, warna dapat mengubah rasa, dan mempengaruhi persekitaran seseorang. Kuasa warna juga secara tidak langsung menonjolkan ragam seseorang selain pilihan yang dibuat menunjukkan personaliti diri yang dikatakan akan mempengaruhi warna dan mood pemakai.

Secara tidak langsung, warna pakaian seseorang melambangkan personaliti. Misalnya, wanita yang mengenakan pakaian merah akan kelihatan berani, merah dan cergas.

Tidak ketinggalan, wanita yang memakai baju biru lebih sabar, sejuk dan tenang. Mungkin warna hijau sering dikaitkan dengan keindahan alam semulajadi tetapi sebenarnya ia ibarat lambang sifat cemburu, tenang dan bijak.

Bagi wanita yang ingin kelihatan feminin dan tenang, boleh memilih warna ungu. Sebaliknya, wanita yang ingin kelihatan ceria dan cergas, boleh mengenakan warna oren.

Merah jambu pula sering dikaitkan dengan sifat dan hal feminin


Perkara wanita tidak tahu mengenai lelaki :

  1. Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.
  2. Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka. Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.
  3. Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.
Tahu kah anda..

Selepas mengumpulkan lebih 7,000 kajian dari seluruh dunia, Dana Penyelidikan Kanser Dunia (WCRF) menyarankan masyarakat mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula, garam dan lemak, serta mengelakkan makanan yang rendah serat. Sebaliknya, makan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan sebagainya..

Corak pemakanan yang baik juga kunci kepada rawatan terhadap pesakit HIV positif memandangkan kekurangan khasiat makanan melemahkan sistem kekebalan tubuh dan mengurangkan ketahanan badan.

info untuk anda yang susah untuk melelapkan mata pada waktu malam..

Pastikan anda mengetahui amalan tidur yang sihat antaranya..

Tukar tabiat anda iaitu..

  • Berhenti merokok
  • Jangan tidur pada siang hari
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kopi
  • Bersenam di awal hari dan bukan sebelum masuk tidur

Ubahsuai persekitaran tidur anda

  • Pastikan persekitaran bilik tidur berkeadaan tenang dan selesa
  • Pastikan juga tilam dan katil anda selesa

Amalan sebelum tidur

  • Ikut jadual tidur yang tetap (masa tidur dan masa bangun tidur yang sama setiap hari, termasuk hari minggu)
  • Jangan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum tidur
  • Tidur bila rasa mengantuk
  • Berehat sebentar sebelum masuk tidur.
Bolehkah anda mengambil makanan segera?

Makanan segera boleh diambil sebagai sebahagian daripada sajian sihat harian anda. Pilih dan ambil makanan segera dengan bijak serta hadkan pengambilannya sehingga 1 hingga 2 kali sebulan kerana makanan segera lazimnya mengandungi kandungan lemak, kolesterol dan garam yang tinggi.

Beberapa garis panduan boleh diambil, antaranya adalah seperti berikut :

  • Memesan ayam panggang bagi menggantikan ayam goreng atau ikan goreng.
  • Memesan sajian makanan segera yang bersaiz kecil.
  • Mengetahui kandungan lemak dalam beberapa jenis makanan segera. Pilih menu yang mengandungi kurang dari 20 hingga 25g lemak. Sebagai contoh, pesan sandwich ayam panggang tanpa mayonis (mengandungi 8g lemak) dan kentang saiz sederhana (mengandungi 12g lemak) ; atau pilih burger keju bersaiz kecil (mengandungi 13 hingga 29g lemak) tanpa mengambil kentang goreng.
  • Elakkan mengambil hidangan pencuci mulut, manisan, milk shake, pai bersama-sama dengan sajian makanan segera anda.
(SUMBER DARI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

Cara pujuk pasangan anda bila pasangan anda merajuk..

Saya percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun pasangan bercinta. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan?

ada tip malam ini yang ingin di kongsi..

-Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

-Ucapkan kata-kata “manis”
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi.

Fakta sepintas lalu
  • Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
  • Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
  • 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
  • Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
(sumber dari kemeterian kesihatan malaysia)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan