Ahad, 31 Mei 2009

hari ini kOnti...9 jun 2009..inSpirasi 9mLm-12.00 tghmaLam..

Tahu kah anda..
PETANDA SI DIA JODOH ANDA :.

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? antara nya ada 5 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
yang pertama...
1) kita rasa Senang bersama pasangan kita
2)Sentiasa jujur
3)Percaya Mempercayai
4)Senang Bekerjasama
5)Memahami diri kita
Tahukah anda..
  1. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,
  2. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 meter persegi.
  3. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
  4. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
  5. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
  6. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

Tahu kah anda..

BERMULA dengan ingin mencuba merokok seperti yang dilihat dalam filem atau di kalangan golongan dewasa, seorang remaja mungkin kekal sebagai perokok tegar seumur hidupnya. Jika seseorang mula dengan menghisap banyak rokok secara mendadak, ia sebenarnya mampu menjadikannya khayal atau membunuh jika tahap nikotina dan kimia tembakau terlalu tinggi di dalam badan

info tahukah anda..(pelik tapi benar)

  1. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan..
  1. Bersanding malam
    Pada masa dahulu kebiasaannya bersanding dilakukan pada waktu malam. Ini kerana pada siang hari, hadirin sibuk kebendang atau mengerjakan kebun atau kerja-kerja lain. Oleh kerana itu kaki lilin merupakan salah satu perkakasan penting kerana ia digunakan bagi menerangi pengantin.
    Bersanding malam kini jarang diadakan lagi. Bersanding malam diadakan pada waktu malam selepas waktu Solat Isyak. Jemaah lelaki datang dari surau dan diberi jamuan ala kadar. Acara marhaban akan diadakan seterusnya imam akan membaca doa agar perkahwinan berkekalan.
    Pasukan rebana atau kompang akan membuat persembahan mereka. Kini acara ini diganti dengan karaoke.
    Bagi memeriahkan majlis ini, mempelai akan bertukar baju ala barat pula. Mereka akan memotong kek dua atau tiga tingkat.
    Majlis diakhiri dengan buka balut hadiah dan mengira wang sumbangan tetamu yang datang.

Sabtu, 23 Mei 2009

konti seLasa..26 mei 2009

Playlist
  1. MISHA OMAR-CINTA ADAM DAN HAWA
  2. ALLEYCAT-LAYANG-LAYANG TERPUTUS TALI
  3. AXL-AKU LAH KEKASIHMU
  4. SALLEM-WANITAKU
  5. SITI NURHALIZA-CINTA
  6. M2M
  7. TROPIKA-CINTA PANTAI MERDEKA
  8. TENDA BIRU
  9. UNGU-KEKASIH GELAPKU
  10. KANGEN BARD-YAKINLAH AKU MENJEMPUTMU
  11. ANUAR ZAIN-LELAKI INI
  12. ERRA FAZIRA-PASRAH
  13. DAYANG NUR FAIZAH-SEANDAINYA MASIH ADA CINTA
  14. EJA-RELA
  15. SPIDER-RELAKU PUJUK
  16. SITI SAMALIAH-SIAPA PERNAH JATUH CINTA
  17. SITI FAIRUZ-BILA RINDU KU SEBUT NAMAMU
  18. SEAN GHAZI-KU IMPIKAN BINTANG
  19. ZIANA ZAIN-DINGIN
  20. SPRING-SEJIWA
  21. AWIE-IRIS
  22. KRISS DAYANTI-MENGHITUNG HARI
  23. LETTO-SANDARAN
  24. AGNES MONIKA-MATAHARIKU
  25. MILA-PERSIS MUTIARA
Rahsia Personaliti Wanita Menurut Warna Kegemarannya
Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.
MERAH-Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-senang.
BIRU-Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.
HIJAU-Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.
HITAM-Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.
COKELAT-Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.
UNGU-Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.
KELABU-Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.
KUNING-Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.
PUTIH-Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.
Rahsia Mata Seorang Wanita
Saiz mata kecil-Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.
Saiz mata sedang-Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.
Saiz mata lebar-Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.
Mata selalu berkedip-Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baikMata jarang berkedipWanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjaw ab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.
Mata cengkung-Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.
Mata redup-Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.Matanya seolah tersembul keluarSifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam.
Risiko penyakit wanita berumur
MENJADI tua adalah hakikat yang perlu dilalui oleh setiap wanita di muka bumi ini. Ia merupakan satu proses semula jadi dalam kitaran hidup manusia.
Kedutan pada wajah, hilang keanjalan kulit dan rambut ditumbuhi uban sememangnya tidak mampu dielak, namun apalah sangat proses penuaan tersebut jika dibandingkan dengan rasa sihat dan bebas daripada sebarang penyakit pada usia 'subsidi' tersebut.
Cara yang baik untuk terus sihat dan cergas, walaupun usia telah meningkat, adalah dengan menjaga badan dan fikiran supaya selalu aktif. Apa yang penting bagi seorang wanita ialah menjadi sihat dan kekal cantik pada kelas usianya tanpa sebarang penyakit.
Saat menilai cinta
Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.
Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:
1. Lupakan masa lalu
2. Temui ramai orang
3. Ubah penampilan
4. Jangan terburu-buru
5. Jangan terlalu memilih
6. Buat keputusan

Sabtu, 2 Mei 2009

konti selasa..Inspirasi 5 MEI 2009

  1. 6ixth Sense - Tanpa
  2. matta-jatuh cinta lagi
  3. farawahida-semuanya ada disini
  4. irwansyah-ku tunggu janda mu
  5. afgan-terima kasih cinta
  6. melly-jika
  7. spring-sampai bila
  8. sallem-wanita ku
  9. radja-patah hati
  10. axl-aku la kekasihmu
  11. misha omar-cinta adan dan hawa
  12. nidji-laskar cinta
  13. Estranged -itu kamu
  14. Alyah - Tak Mungkin Kerna Sayang
  15. ella-ku merindu
  16. siti nurhaliza-di taman teman
  17. shila abdul-mungkinkah
  18. mila-aku lebih tahu
  19. faizal tahir-cuba
  20. the lima-separuh masa
  21. The fabulous cat - Bawaku Terbang
  22. Thomas Arya - Shahara

INFO

tahu kah anda..

Warna pakaian lambang personaliti

KEBANYAKAN wanita pada hari ini gemar mengenakan pakaian dan aksesori berdasarkan warna yang digemari.

Warna baju sering memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana mengikut perasaan. Bahkan, warna dapat mengubah rasa, dan mempengaruhi persekitaran seseorang. Kuasa warna juga secara tidak langsung menonjolkan ragam seseorang selain pilihan yang dibuat menunjukkan personaliti diri yang dikatakan akan mempengaruhi warna dan mood pemakai.

Secara tidak langsung, warna pakaian seseorang melambangkan personaliti. Misalnya, wanita yang mengenakan pakaian merah akan kelihatan berani, merah dan cergas.

Tidak ketinggalan, wanita yang memakai baju biru lebih sabar, sejuk dan tenang. Mungkin warna hijau sering dikaitkan dengan keindahan alam semulajadi tetapi sebenarnya ia ibarat lambang sifat cemburu, tenang dan bijak.

Bagi wanita yang ingin kelihatan feminin dan tenang, boleh memilih warna ungu. Sebaliknya, wanita yang ingin kelihatan ceria dan cergas, boleh mengenakan warna oren.

Merah jambu pula sering dikaitkan dengan sifat dan hal feminin


Perkara wanita tidak tahu mengenai lelaki :

  1. Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.
  2. Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka. Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.
  3. Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.
Tahu kah anda..

Selepas mengumpulkan lebih 7,000 kajian dari seluruh dunia, Dana Penyelidikan Kanser Dunia (WCRF) menyarankan masyarakat mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula, garam dan lemak, serta mengelakkan makanan yang rendah serat. Sebaliknya, makan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan sebagainya..

Corak pemakanan yang baik juga kunci kepada rawatan terhadap pesakit HIV positif memandangkan kekurangan khasiat makanan melemahkan sistem kekebalan tubuh dan mengurangkan ketahanan badan.

info untuk anda yang susah untuk melelapkan mata pada waktu malam..

Pastikan anda mengetahui amalan tidur yang sihat antaranya..

Tukar tabiat anda iaitu..

  • Berhenti merokok
  • Jangan tidur pada siang hari
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kopi
  • Bersenam di awal hari dan bukan sebelum masuk tidur

Ubahsuai persekitaran tidur anda

  • Pastikan persekitaran bilik tidur berkeadaan tenang dan selesa
  • Pastikan juga tilam dan katil anda selesa

Amalan sebelum tidur

  • Ikut jadual tidur yang tetap (masa tidur dan masa bangun tidur yang sama setiap hari, termasuk hari minggu)
  • Jangan mengambil makanan yang terlalu berat sebelum tidur
  • Tidur bila rasa mengantuk
  • Berehat sebentar sebelum masuk tidur.
Bolehkah anda mengambil makanan segera?

Makanan segera boleh diambil sebagai sebahagian daripada sajian sihat harian anda. Pilih dan ambil makanan segera dengan bijak serta hadkan pengambilannya sehingga 1 hingga 2 kali sebulan kerana makanan segera lazimnya mengandungi kandungan lemak, kolesterol dan garam yang tinggi.

Beberapa garis panduan boleh diambil, antaranya adalah seperti berikut :

  • Memesan ayam panggang bagi menggantikan ayam goreng atau ikan goreng.
  • Memesan sajian makanan segera yang bersaiz kecil.
  • Mengetahui kandungan lemak dalam beberapa jenis makanan segera. Pilih menu yang mengandungi kurang dari 20 hingga 25g lemak. Sebagai contoh, pesan sandwich ayam panggang tanpa mayonis (mengandungi 8g lemak) dan kentang saiz sederhana (mengandungi 12g lemak) ; atau pilih burger keju bersaiz kecil (mengandungi 13 hingga 29g lemak) tanpa mengambil kentang goreng.
  • Elakkan mengambil hidangan pencuci mulut, manisan, milk shake, pai bersama-sama dengan sajian makanan segera anda.
(SUMBER DARI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA)

Cara pujuk pasangan anda bila pasangan anda merajuk..

Saya percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun pasangan bercinta. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan?

ada tip malam ini yang ingin di kongsi..

-Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

-Ucapkan kata-kata “manis”
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi.

Fakta sepintas lalu
  • Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
  • Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
  • 30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
  • Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
(sumber dari kemeterian kesihatan malaysia)