Rabu, 1 Julai 2009

konti gaLA 13 julai 2009..10pagi sampai laa 2petang..

Tubuh bebas selulit

TIADA apa yang paling dibenci wanita melainkan memiliki permukaan kulit tubuh yang merekah dan berketak-ketak seakan permukaan kulit buah oren atau lebih dikenali ramai dengan nama, selulit.
Lebih menakutkan wanita, selulit menyerang tanpa mengenal usia dan bentuk tubuh seseorang. Memang, mungkin ramai sering beranggapan selulit berkait rapat dengan kegemukan. Hakikatnya, anda silap.
Selulit bukan hanya dialami oleh wanita atau lelaki yang gemuk atau obesiti. Malah mereka yang kurus dan tinggi lampai juga tidak terkecuali mengalaminya. Jadi, jika anda termasuk dalam golongan ini, apakah yang boleh anda lakukan bagi memerangi selulit?
Menurut Pakar Pengurangan Berat Badan, Femme Slender, sebenarnya ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh wanita mahupun lelaki untuk membuang atau mengusir selulit mereka dengan lebih berkesan.


bagaimana caranya untuk wanita menyingkirkan selulit ini? Apa yang perlu anda lakukan sebenarnya cukup mudah. Hanya mulakan dengan mengambil buah-buahan dan sayuran segar seperti buah beri, ceri, sitrus, kubis bunga, brokoli, tomato dan kacang pea.
Kesemua makanan ini mengandungi antioksidan yang boleh membantu meningkatkan keanjalan septa yang secara tidak langsung berperanan dalam memastikan selulit berada di bawah permukaan kulit.
Selain itu, anda boleh mengambil beberapa jenis vitamin yang bagus dalam diet anda. Sebabnya, vitamin dan mineral dapat membantu sel-sel berfungsi secara normal.
Cara lain untuk mewujudkan septa yang lebih anjal adalah dengan mengelakkan pengambilan tembakau (rokok), kafein, bahan mengawet dan makanan pedas dalam diet harian anda.
Malah, bukti juga menunjukkan senaman yang dilakukan secara rutin dapat membantu membakar lemak dan menguatkan otot tubuh yang secara tidak langsung membantu mengurangkan kehadiran selulit.

Akhir sekali, jangan lupa minum air dengan jumlah yang mencukupi. Ia penting kerana dapat membantu membuang toksin daripada badan dan membantu mengekalkan keanjalan septa.

Info coklat

Rasa enak, kaya kandungan antioksidan TIDAK ramai mahu menjadikan coklat antara menu penting makanan harian kerana bimbang pengambilannya boleh menyebabkan kegemukan terutama di kalangan wanita yang mementingkan kecantikan. Walaupun, kajian saintifik membuktikan coklat mempunyai khasiat tersendiri, ia belum mampu mengikis tanggapan yang sekian lama menghantui pemikiran individu. Malah, coklat tetap dikaitkan punca obesiti. Hakikatnya, pengambilan coklat khususnya coklat hitam (dark chocolate) amat penting untuk kesihatan. Ini kerana, coklat hitam mengandungi antioksidan lapan kali lebih tinggi berbanding buah strawberi. Kajian yang dilakukan juga mendedahkan kandungan flavonoid, iaitu bahan antioksidan dalam koko, baik untuk kesihatan jantung kerana ia boleh melancarkan aliran darah, mengurangkan risiko pembentukan darah beku dan memperbaiki tahap kolesterol, selain melindungi kerosakan dan keradangan sel.
Penyelidik juga mendapati coklat mampu membantu merendahkan tekanan darah. Menerusi kajian dilakukan ke atas pesakit tekanan darah tinggi yang makan kira-kira 100 gram coklat sehari selama dua minggu menunjukkan penurunan tekanan darah yang ketara, malah kadar kolesterol buruk juga semakin berkurangan, sekali gus membuktikan makanan manis itu ada manfaatnya jika diambil secara sederhana.

Amalan gaya hidup sihat

Tidak ada ubat yang terbaik mengelakkan obesiti kecuali menjauhi segala faktor penyebabnya hanya kerana pencegahan awal dapat menjauhkan anda daripada gemuk.
Berikut beberapa cara mudah boleh anda amalkan untuk mengawal berat badan dan menjauhi kegemukan. Antaranya ialah:
Amal Gaya Hidup Sehat - Seharusnya dimulakan seawal usia dan jadikan amalan sebagai aktiviti rutin seperti amalan bersenam, berjogging, berjalan kaki, mengadakan aktiviti riadah seperti berkelah dan bersukan. Aktiviti ini hendaklah dilakukan secara berterusan.
Pemakanan Seimbang - Sama seperti amalan hidup sehat, Pemakanan sihat dan seimbang juga perlu dijadikan rutin harian. Pastikan makanan yang diambil mengandungi nutrien untuk diet sihat seperti kurangkan makanan karbohidrat, berlemak dan manis, sebaliknya tambahkan makanan berserat, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Makan Kerap Tetapi Sedikit - Ramai sangka makan sehari sekali tapi mengambilnya dalam kuantiti banyak itu satu cara diet. Sebenarnya, cara ini salah. Sebaliknya amalkan makan kerap (sehingga enam kali sehari) tetapi sedikit-sedikit. Yang penting, jangan tinggalkan sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam sebelum pukul 7:00 malam, jika masih lapar makanlah buah-buahan atau makanan kaya serat sebagai alas perut.
Jauhi Makan Sambil Menonton - Ini satu tabiat yang harus diketepikan kerana makan sambil menonton menyebabkan anda makan sepanjang masa dalam jangkamasa sekurang-kurangnya setengah jam, lebih buruk jika disulam dengan air manis atau bergas.
Amalkan Pengambilan Suplimen - Dengan ada suplimen gantian untuk tahan lapar, membakar kabohidrat berlebihan dan membuang sisa toksid dalam tubuh juga boleh membantu disamping mengambil pelbagai suplimen vitamin untuk mengekalkan anda terus fit dan sihat.
Menurut Dr. Rozmey, pengambilan suplimen ini boleh diambil daripada produk herba, ubat-ubatan klinikal tetapi ia perlu diambil atas nasihat doktor atau pakar. Ia penting kerana mengambil produk ini dalam dos yang berlebihan akan memberi kesan sampingan pada kesihatan.
Dr. Rozmey menegaskan dalam berdiet, disiplin kena patuh, begitu juga dengan nasihat pakar dan diikuti dengan senaman dan riadah yang sesuai.