Sabtu, 13 Jun 2009

konti iSpiraSi..16 jun 2009...9 mLm - 12tghmaLam..hari seLasa..

Tidak makan waktu malam membantu menurunkan berat badan anda..

Ramai beranggapan bahawa dengan mengambil makanan dengan jumlah yang sedikit dapat membantu menurunkan berat badan kita. tanggapan tersebut adalah salah kerana sewaktu makan, tubuh berfikir kita kelaparan dan kerananya melambatkan proses melatbolisme. kecenderungan kita makan melewati waktu malam hendaklah dikurangkan atau jangan sesekali makan pada waktu malam. seelok-eloknya, kita hendaklah makan sebelum maghrib.


Kenali warna kegemaran kekasih anda...

MERAH
Berani, emosional, tegas,tamak,dan suka bersenang-senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur,pemaaf,dan tegas.

HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

KOKO
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.



Cinta jarak jauh..

PERNAHKAH anda berasa terlalu jauh dengan seseorang? Apabila perasaan sayu dan kerinduan yang mendalam terhadap si dia, ia membuatkan anda sering termenung memikirkan dirinya.

Bayangkan anda bertugas nun jauh di utara tanah air sedangkan si dia pula di selatan. Mengatur janji temu dengan komitmen yang banyak sedangkan pada masa sama, rindu terhadap si dia meluap-luap, pastinya hati tidak keruan dibuatnya.


Percintaan jarak jauh ada kalanya begitu menduga biarpun sesekali terasa seronok dan terbuai oleh kejujurannya. Namun ada juga yang menaruh curiga dengan pasangan kerana takut kasih sayang yang sedang disulam akan terhakis perlahan-lahan.

Bagaimana untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh yang dilalui? Pelbagai perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan apabila berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu dihadapi.

apa pun anda harus ada sifat ini kalau anda sekarang ini berada dalam situasi cinta jarak jauh:

  1. Percaya pada pasangan
  2. Setia walaupun jauh
  3. Berjumpalah walaupun seketika
  4. Tanyalah khabar
  5. Sambut hari ulang tahun bersama
  6. Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan