Sabtu, 13 Jun 2009

hari ini kOnti gaLa...15 jun 2009...hari isNin..

Bayi perlu belaian
Sentuhan merupakan salah satu cara yang paling berkesan bagi ibu untuk melahirkan kasih sayang mereka kepada permata hati mereka.
Sama ada pada waktu makan, bermain, mandi atau menukar lampin, sentuhan menghasilkan perasaan kasih sayang yang lebih mendalam buat si manja kepada ibu mereka.
Tahu kah anda..perkembangan fizikal dan emosi bayi banyak dipengaruhi oleh hubungan serta interaksi ibu bapa dan anak, maka perlunya ikatan melalui sentuhan kasih sayang.
Melalui sentuhan tersebut, bayi akan mula belajar komunikasi dan mengalami perubahan tumbesaran.
Tahu kah anda juga..Bayi akan mula mengenali dan memahami sentuhan ibu seawal usia dua bulan lagi.
Bagi bayi, sentuhan itu merupakan tanda kasih sayang dan melindungi mereka.
Risiko obesiti

APABILA membincangkan tentang isu kesihatan dan kesejahteraan, berat badan yang berlebihan sering dikait dengan penyakit jantung.
Apatah lagi sekarang ini, bilangan rakyat yang mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti kian meningkat.
Faktor pemakanan yang tidak seimbang dan kurang melakukan senaman dikatakan antara punca masalah ini.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih satu bilion manusia seluruh dunia mengalami masalah berat badan dan jika berterusan kadar obesiti akan meningkat sehingga 1.5 bilion menjelang 2015.
Lebih membimbangkan, obesiti merupakan punca utama risiko penyakit jantung.
Tanpa kesedaran mengambil makanan sihat dan senaman, penyakit ini agak sukar dikawal.
Justeru itu, pendidikan tentang gaya hidup sihat perlu diterapkan sejak peringkat kanak-kanak lagi.
Menurut Pakar Diet Pusat Perubatan Sunway (PPS), Ho Wan Mi, walaupun risiko mendapat serangan jantung di kalangan kanak-kanak tidak tinggi, didikan pemakanan sihat amat penting.
Jika kanak-kanak mempunyai berat badan berlebihan, mereka perlu mengurangkan pengambilan makanan manis atau berlemak tinggi.
Sebaliknya, jika mereka mempunyai berat badan normal, pemakanan seperti biasa adalah memadai.
Atasi sinki tersumbat
Sebenarnya garam kasar boleh berfungsi sebagai bahan pelarut bagi sisa-sisa yang tersumbat dalam saluran sinki. Masukkan garam kasar ke dalam lubang sinki dan kemudian curah dengan air panas. Pasti sisa-sisa tadi akan larut.
info tahukah anda..
  1. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
  2. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan
  3. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza
  4. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu

Keracunan makanan

Keracunan makanan adalah satu masalah gangguan sistem badan manusia yang mana disebabkan oleh kita terhidu, tersentuh mahupun makan bahan kimia yang beracun yang biasanya daripada bengkel, makmal dan juga makanan yang dimakan oleh kita.
Untuk mengatasi masalah ini, pengguna iaitu kuta hendaklah mengamalkan pemilihan makanan bersih da seimbang. Jika makan di luar, kita hendaklah makan di kedai yang bersih yang mana telah digredkan oleh kementerian kesihatan. Kita hendaklah menjauhi gerai-gerai atau gerai makan yang tidak mengamalkan kebersihan kerana jika kita makan di gerai tersebut, kebarangkalian untuk kita mengalami keracunan makanan adalah tinggi.

Risiko untuk kita mengalami keracunan makanan di rumah juga adalah tinggi jika kita tidak mengamalkan penyediaan dan pemilihan makanan yang bersih. Jika tidak mengikut amalan-amalan kebersihan semasa menyedia, menyimpan, menghidang dan juga semasa makan makanan.

Patuhi amalan-amalan yang baik untuk mencegah keracunan makanan seperti :

  1. Basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali, menyedia dan menyentuh makanan
    Jangan ambil makanan dengan tangan.
  2. Gunakanlah penceduk, garpu, sudu atau penyepit yang bersih
  3. Gunakanlah alat-alat yang bersih untuk menyediakan makanan.
  4. Jangan gunakan alat-alat yang sama bagi makanan mentah dan yang dimasak
  5. Simpan atau tudung makanan supaya terlindung dari lalat, serangga dan habuk
  6. Simpan semua bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan, ayam, sayur dan susu di dalam peti sejuk sehingga diperlukan. Jika tidak mempunyai peti sejuk, sebaik-baiknya beli bahan makanan untuk keperluan hari itu sahaja.

Tabiat pemakanan kita...adakah sihat?

Malaysia merupakan salah satu daripada syurga makanan di dunia. Kehebatan masyarakat kita dalam menilai makanan memang tidak dapat dinafikan lagi. di sini, saya ingin berkongsi bagaimana corak pemakanan masyarakat kita. Cuba kita lihat, berdasarkan pemerhatian saya selama ini, rakyat Malaysia mempunyai tabiat makan yang sangat pelik dan amat tidak menyihatkan.
Pada waktu pagi, apa yang biasanya kita semua makan? Semestinya roti canai, mee goreng, nasi goreng, kuih, dan juga nasi lemak. Makanan tersebut memang mempunyai kandungan lemak dan gula yang sangat tinggi.

Pada waktu tengah hari pula, kita akan makan nasi. disertakan pula dengan ayam goreng, patin gulai tempoyak, tak makan sayur, dan juga bandung cincau. makanan tersebut sememangnya sedap namun mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi juga. Kenapa tidak minum saja air suam?Waktu petang pula, kita ke gerai di tepi jalan. beli pula pisang goreng dengan keropok lekor. Minum plak air kopi atau teh kat rumah dengan Keluarga. Sekali lagi kita masukkan gula dan kolesterol ke dalam tubuh kita.
Waktu malam pula, sekali lagi kita ke kedai mamak atau kedai makan yang popular. Makan pula makanan yang bergoreng seperti Nasi goreng, mee goreng, dan juga Tom Yam campur. Masuk la lagi kolesterol tu dalam tubuh kita. Taram je la. janji sedap kan. bagi yang bujang yang dah semakin kering lak, makan la megi yang direndam dengan air panas jer. Fuh, menusuk ke kalbu.
Tengah malam pun makan juga. pergi lagi ke kedai mamak. Makan roti kosong, roti telur, nasi lemak, dan bagi yang lapar lagi, taram la nasi dengan ayam goreng. Memang betul-betul tidak berkhasiat. Balik jer ke rumah, terus tidur.

Makanan yang kita makan dari hari ke hari memang membantu memendekkan umur kita.Ini kerana kandungan lemak, gula, garam dan kolesterolnya sangat tinggi. Cuba kita ubah gaya pemakanan kita dengan memakan sayur-sayuran, buah-buahan dan juga dengan meminum air suam. Dengan ini, ianya dapat membantu kita dalam menempuhi hari-hari yang mendatang dengan tenang dan sihat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan