Khamis, 23 April 2009

25 April 2009...hari ini aku konti..

RUANGAN ADIK KU SAYANG(10.15 PAGI-11.00 PAGI)
LAGU-LAGU TELAH TERSEDIA DI DALAM PLAYLIST( NETIA)
SEMUT DAN BELALANG..
Pada siang hari di akhir musin gugur,satu keluarga semut telah bekerja keras sepanjang musim panas untuk mengumpulkan makanan,mengeringkan butir-butiran gandum yang telah mereka kumpulkan selama musim panas.Saat itu,seekor belalang yang kelaparan,dengan sebuah biola di tangannya datang dan memohan dengan sangat agar keluarga semut itu memberikan seikit makanan untuk diri nya.
''Apa!'teriak sang semut dengan terkejut,''tidak kah kamu mengumpulkan dan menyiapkan makanan untuk musim dingin yang akan datang?Selama ini apa saja yang lakukan sepanjang musim panas?''
Saya tidak mempunyai waktu untuk mengumpulkan makanan,''keluh Sang Belalang.
saya sangat sibuk membuat lagu,dan sebelum saya sedari,musim panas pun telah berlalu.''
Semut tersebut kemudian mengangkat bahunya kerana berasa gusar.
''Membuat lagu kata mu ya?''kata Sang Semut,''Baiklah"sekarang setelah lagu tersebut telah kamu selesaikan pada musim panas,sekarang saatnya kamu menari!''Kemudian semut-semut tersebut membalikkan badan dan melanjutkan pekerjaan mereka tanpa memperdulikan Sang Belalang lagi.
PENGAJARAN :
ADA SAATNYA UNTUK BEKERJA DAN ADA SAATNYA UNTUK BERMAIN.
MAKSUD NYA..KITA HARUS PANDAI MEMBAHAGIKAN MASA ..
TAMAT
11.00 PAGI-1.30 PETANG
GALA
INFO
Ketawa elak tekanan
Waktu ini kita mungkin menempuh hari -hari yang penuh dengan tekanan sedangkan tanpa kita sedari ia sebenarnya boleh diredakan dengan sedikit jenaka dan ketawa.Sebab itu terdapat ungkapan yang menyebut''ketawa itu penawar duka''terutama ketika memujuk mereka yang di landa kemurungan atau kesedihan.Para doktor mengakui bahawa ketawa boleh meningkatkan kesihatan dari segi fizikal mahupun mental.Seorang prpfesor perubatan dari University Of California Irnive,amerika Syarikat dan kumpulan penyelidiknya sejak bertahun-tahun berusahan merungkai bagaimana mood seseorang itu boleh memberi kesan sistem imun dan mempunyai kaitan dengan penyakit.Mereka mendapati bahawa ketawa turut mempunyai peranan dalam melawan virus,bakteria,kanser dan penyakit jantung.
Makan seimbang, anak sihat
USIA satu hingga enam tahun merupakan tempoh tumbesaran kritikal bagi setiap kanak-kanak. Ketika ini mereka memerlukan nutrien mencukupi untuk pembangunan kemahiran fizikal dan kesejahteraan sosio-emosi.
Ia termasuklah keupayaan menguasai daya keseimbangan badan dan pergerakan teratur untuk melakukan aktiviti kompleks yang memerlukan koordinasi minda serta otot seperti menari dan bermain bola.
pemakanan sihat mampu memberi impak positif secara langsung terhadap kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Malah, konsep pemakanan dan tumbesaran sempurna sebenarnya perlu dimulakan dari rumah.
Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Dr. Tee E. Siong berkata, kaedah terbaik ialah menikmati waktu makan bersama anak. Ia boleh merapatkan lagi hubungan ibu bapa dengan anak juga memberi peluang untuk anda meluangkan masa bersama dan menumpukan perhatian kepadanya.
Rangsangan sentuhan ibu
Sentuhan merupakan salah satu cara yang paling berkesan bagi ibu untuk melahirkan kasih sayang kepada permata hati. Sama ada pada waktu makan, bermain, mandi atau menukar lampin, sentuhan menjalin perasaan kasih yang lebih mendalam buat si manja.
Melalui sentuhan itu jugalah, bayi belajar bersosial dan berkomunikasi mengikut tahap perkembangan usianya. Sekiranya seseorang bayi itu memperoleh sentuhan yang kerap daripada ibunya, perubahan perkembangan tumbesaran dan kemahiran derianya akan memberi respons dan interaksi dengan orang tersayang dengan lebih cepat berbanding dengan bayi yang kekurangan belaian.
Dua tanda jalinan kasih sayang
- Bayi tersenyum lebih kerap

Percaya atau tidak, menyentuh bayi anda boleh membuatnya tersenyum dengan lebih kerap, yang membuktikan keeratan anda berdua. Sedang bayi anda membesar, anda akan sedar bahawa senyumannya akan menjelma tiap kali anda berada di sampingnya atau setiap kali bayi menjangka kehadiran anda. Senyuman-senyuman ini menandakan bahawa dia berasa selamat dalam dunianya dan su
dah bersedia untuk mempelajari tentang dunia yang sebenar kelak nanti.
-Tatapan mata bayi menjadi lebih lama

Bayi juga menggunakan isyarat mata untuk berhubung. Apabila bayi menatap mata anda, suatu mesej berbaur kasih sayang mengalir antara bayi kepada anda yang meningkatkan kasih sayang antara anda dan si manja.
Pandangan mata yang kemudiannya berkembang menjadi tatapan yang lama, merupakan salah satu kebolehan bayi yang dapat anda sedari. Pada hari-hari awalnya, bayi akan memberi sepenuh perhatian kepada anda, dan lirikan matanya akan mengekori anda apabila anda hampir dengannya.
Sasaran malaria sifar
MALARIA mungkin semakin pudar dari ingatan kebanyakan penduduk negara ini berbanding denggi, mahupun chikungunya. Namun, jangan diambil remeh kerana seperti mana-mana penyakit berjangkit, malaria cuma memerlukan satu sumber, satu pesakit (patient zero) untuk menjadi satu wabak besar.
Walaupun spesies nyamuk dan cara pembiakan parasit malaria berbeza dengan virus denggi, akibatnya tetap sama iaitu demam dan simptom jangkitan lain yang boleh membawa maut kepada pesakit. Mengambil kira situasi semasa, perkara utama untuk dikongsi bersama orang ramai bukan lagi kaedah rawatan ataupun parasit Plasmodium yang menjadi punca malaria.
Apa yang penting, kerjasama. Kerjasama dalam mengesan patient zero dengan secepat mungkin serta mencegah penyebaran parasit tersebut dengan menyekat aktiviti vektornya, nyamuk betina spesies Anopheles (tiruk), daripada menggigit dan menyebarkan malaria kepada manusia.
PETUA DI DAPUR
1)Atasi sinki tersumbat
Sebenarnya garam kasar boleh berfungsi sebagai bahan pelarut bagi sisa-sisa yang tersumbat dalam saluran sinki. Masukkan garam kasar ke dalam lubang sinki dan kemudian curah dengan air panas. Pasti sisa-sisa tadi akan larut.
2)Petua melambatkan daging berbau
Sekarang peti sejuk menjadi tempat menyimpan makanan segar yang baik untuk memelihara kesegarannya. Apa akan jadi kalau tiba-tiba peti ais rosak dan kita ada banyak daging yang belum dimasak? Pasti akan berbau kan kalau disimpan lama sangat?
Ini ada salah satu petua untuk mengelakkan daging menjadi busuk. Orang dulu-dulu mana ada peti ais kan. Kalau mahu melambatkan daging menjadi busuk dan segar tanpa peti ais, bolehlah menaburkan gula ke atas daging tadi. Mahu gaul pun boleh juga.
Apabila mahu dimasak, basuhlah daging tadi dan ia akan jadi seperti daging segar. Tapi petua ini untuk menyimpan daging beberapa hari sahaja. Kalau terlalu lama, pasti daging yang disimpan itu akan berbau juga.